Monday, December 19, 2011

finally...


HAHAHAHA.
hari nih aku seronok sangat.
setelah try banyak-banyak kali, akhirnya lulus jugak aku Driving Test JPJ tadi.
Alhamdulillah.

lepas nih bolehlah aku rembat kereta ayah aku yang kat rumah nih bawak pergi jalan-jalan.
tak lekat kat rumah lah aku lepas nih. hehe.

excitednya!
rasa macam nak pergi sidai kain kat luar pon nak naik kereta jugak. 
haha!

Sunday, December 11, 2011

gagal sekali lagi.


assalamualaikum!
hai alls. 
lama dah tak talking talking rubbish kat dalam blog nih kan?
well, just wanna let u alls know, i sekarang nih seorang wanita yang bekerjaya okay?
so, i don't have enough time sangat lah untuk nak update my blog nih.
*waah! gedik habis kau kan Lola semenjak bekerjaya nih?*
padahal kerja kat supermarket je pon. daa~

yup! merujuk perkara diatas.
GAGAL.
anda sinonim dengan perkataan ini?
for me, YES! sangat sinonim lately nih.
sebab apa? because i have failed for the second time untuk ujian memandu bahagian 3 (jalan raya) sebentar tadi.
yeeaayy! tahniah Amalina! tepuk tangan sikit untuk aku. 
#applause

first time buat test JPJ bahagian 2&3: RM280 + belajar
first time re-do test JPJ bahagian 3 : RM140 
(my mistake: langgar lampu merah kat dalam sekolah memandu tuh. good girl right?) *masalah rabun membelenggu diri*
second time re-do test JPJ bahagian 3: RM80
(my mistake: kereta tiba-tiba ter-stop dekat bukit sebab aku salah masuk gear kot rasanya.) *lepas tuh sesedap kau je nak salahkan gear kereta tuh yang rosak. padahal tuh kereta Viva baru kott! impossible lah kereta baru boleh rosak.*

TOTAL: RM500 !

RM500 untuk buat test sahaja! SAHAJA!
waahh! bahagianya hidup kalau macam nih untuk beberapa kali!
-___-

apapon, untuk kali kedua re-do nih i will do and try my best untuk tidak mengulanginya for the third time pulak. 
simpang malikat 44 weh!
aja aja fighting Lola!
till then, adios!

p/s: ouh. baru perasan. no post for november lah. nampak sangat lah kesibukkan bekerja. gigih habis kau kan? nak buat macam mana, mencari naskah untuk keluarga.  :)

Thursday, October 13, 2011

Ujian Undang-Undang


hai tawan-tawan.
lama dah i tak update blog kan?
mesti u olls semua rindu nak baca blog i nih kan.
ouh silap silap silap.
mesti u olls semua rindu nak baca blog i yang vavavoom nih kan?
*ada siapa-siapa rasa nak bagi penampar dekat budak nih? silakan.*
PANG! haa. nih makan dia.

 haa. nih nak ceghita nih.
aku baru je habis buat Ujian Undang-Undang Lesen Kereta kat Cheras tadi.
cuba teka i pass ke tak?
cuba teka?
cuba teka?
cuba teka?
*apa yang tergedik-gedik sangat minah nih hari nih? bagitahu je lah pass ke tak!*

okay lah, aku bagitahu.
nak manja-manja sikit pon tak boleh.
aku LULUS okay.
jangan pandang ku sebelah mata!

43/50.
markah lulus is 42/50.
HAHA! nyaris-nyaris nak gagal dah kan?
okay, aku sedar itu.
tapi, aku still bangga walaupun aku nyaris-nyaris nak gagal sebab akulah satu-satunya student yang LULUS untuk hari ini!
yahoo! yihaa!

alhamdulillah.
btw, jimat duit mak aku RM40 sebab tak payah nak re-do exam tuh balik.
Syabas lah LOLA!
tak sangka lah kau pandai macam nih!

whatever! daaaaaaaaaaaaaaaa~


Tuesday, September 20, 2011

cermin peribadi daripada makan


korang rasa lah kan, nampak comel sangat ke kalau makan berbunyi tuh?
nampak sweet ke kunyah sambil berbunyik-bunyik?
korang rasa orang lain akan terbuai lah dengan bunyi yang korang buat tuh?

haa.. tiba-tiba je aku sentuh pasal nih kan.
mesti ada yang curious nak tahu.
bukan ape, aku sebenarnya one of the victim yang suffer jiwa dan raga dengan masalah orang yang suka makan berbunyi nih.

nih bukan yang jenis bunyi macam makan keropok tuh tau.
kraakkk krruukkk krriiuuukkk semua tuh.
nih bunyik yang jenis, chap mechapp kechaap.
macam tengah belajar cakap dengan cicak.

heeiiiii ! aku pantang betul lah kalau dengar bunyik chap mechapp chapp.
even cicak pon pandai makan tanpa bunyik, tahu?
*cehh, memandai je. mana kau tahu?*
sebab tuh everytime bia aku dengar alunan chap chap chaapp nih, aku akan sumbat telinga aku dengan headphone or earphone.
im not sure lah si empunya badan tuh perasan ke tak bila aku beraksi sedemikian.
sometimes, aku saja je buat gaya pakai headphone tuh lebih-lebih sikit.
heii tak sanggup aku nak mendengar aih.. GELI tahu?

bukannya aku tak nak tegur, well im not that kind of person, yang suka sangat nak tegur-tegur orang semua nih.
aku jenis, hal kau buat apa aku nak ambik kisah.
for me, mak bapak dia kan ada, apa guna mereka semua tuh kan?
tapi, bila dah memudaratkan kesihatan aku macam nih (stress akibat dengar sound effect yang menggelikan di musim study week), aku terpaksalah meluahkan semua derita aku nih kat dalam blog.
ke mana lagi nak kucurahkan cerita tentang penderitaan ku ini kan.
=(

so, apa kita nak kategorikan orang yang makan berbunyi chap chap chap nih? mak bapak tak ajar, tak pernah nak didik? 
opps! haa, kan dah keluar pasal cerita mak bapak pulak.
makan berbunyi tu menunjukkan didikan yg diterima seseorang dari keluarganya. 
maknanya dia tak pernah diajar atau ditegur, sebab tuh continuosly buat perkara yang sama. 
makan tuh kena lah ada disiplin dan adab, bukan setakat mengunyah je tapi masa gunakan sudu dan garfu pun ada caranya. 
alaah, yang makan ala-ala kat hotel tuh.
baru lah nampak sopan dan beradab.
sejuk sikit mata aku memandang.
tenang sikit telinga aku mendengar.


ada yang kata, orang yang makan berbunyik nih nampak macam tamak.
and ada yang cakap, orang tuh saja je nak tunjukkan makanan yang dia makan tuh memang betul-betul sedap, tuh pasal sampai terkeluar-keluar bunyik tuh.
aku pon tak tahu lah apa sebenarnya purpose mereka yang terlibat dalam kegiatan makan berbunyi nih.
cuba korang tanya diri korang sendiri lah okay.

kalau untuk kes aku, mak aku memang ajar dari kecik untuk makan tutup mulut so that tak akan keluar lah bunyik-bunyik sound effect yang menggelikan tuh.
and aku pon selalu tegur che mat (adik aku) supaya makan and kunyah makanan tuh sambil tutup mulut.
kadang-kadang pakej dengan tamparan wanita sekali aku bagi kat dia.
degil sangat, tak dengar kata !

so, aku dah tulis kat blog nih.
kalau ada sesiapa pelaku yang terbaca or SI EMPUNYA BADAN sendiri yang terasa, silalah berubah.
tak salah untuk berubah menjadi lebih baik.
aku bukan je nasihatkan orang lain, at the same time aku nasihatkan diri aku sendiri jugak.
even dalam islam pon ada mengajar kita untuk makan dengan sopan kan.
nak-nak lagi untuk kaum-kaum perempuan nih.
jagalah sikit reputasi perkauman kita nih.

till then, adios !

Saturday, September 17, 2011

PreLaw Grand Dinner in Park Avenue Hotel, Sg. Petani


hi peeps!
dikeheningan malam nih, memang syok pon meng-hupdate blog.
dengan ditemani nyamuk yang meriah berterbangan,
lampu kalimantang bilik yang terbakar,
lampu study yang stater-nya rosak.
pergghh ! semua ini dugaan final.
*nak pergi report kat pejabat kolej malas. Padan Muka! Tanggung!*

9/9/2011..
haa. sedap kan tarikh nih.
Dinner PreLaw kami.  :)

because of terlalu excited sangat nak pergi dinner,
(first time in our life)
kami pon telah mem-book sebuah bilik kat Park Avenue Hotel tuh.
start check in pukul 11.30.
angkut-angkut barang bawak naik bilik 802 yang berada di tingkat 8.

okeh, beliau hanyalah seorang model sahaja.
habis kemas-kemas semua, gerak pergi Tesco sat untuk lunch.
Chicken Rice Shop!
*amboii.. makan yang mahal-mahal je, mana tak kering duit kau!*

then, i bought seluar tight just because nak terjun swimming pool kat Park Avenue tuh.
sanggup tuh! swimming punya pasal.
ish ishh ishhh.

habis lunch, we back to our room.
ready to buat aksi kuak lentang kat swimming pool Park Avenue tuh.
around 4.30, naik bilik untuk mandi and siap-sipa untuk pergi dinner.
cuba tengok muka fiera. sumpah cannot go.  HAHA!

amboooiiiii ! berlagak kau ek, mentang-mentang lah tahu swimming. teeheee~

now, comes to dinner time !
sumpah sangat seronok.
tak boleh nak diceritakan in words.
just watch all of this pictures.






























haa.. ape macam?
mantop kan gambar-gambar nih semua.
tengok camera lah weh.
conan canon DSLR tau.
bukan RM1-RM2 weh.
1k-2k okay?

haa.. kalau nak tengok more pictures.
hampa suma pi lah usha sendiri kat facebook aku.
aku dah beruban, bermisai dan berjanggut dah dok tunggu gambaq-gambaq yang kat atas nih ja di-upload.
wifi connection punyalah slow, macam siput BarBie spongebob aih !

till then, adios guys!

Friday, September 16, 2011

rasa apa ni?


what happen to me?
i keep stalking your Facebook. 
bila you nak deactive your Facebook ek?
so that it will not bothering me anymore.

amal ! tak payah nak menggatal sangat tengah-tengah study week nih !
make sure final kau mantop.
pi study cepat !
=.=

Tuesday, August 30, 2011

preparation Hari Raya !










haa..
tengok semua nih !
kagum tak tengok??
semua nih aku yang buat tau..
aku berusaha dengan kudrat aku sendiri okeh..
without help by anybody else..
*okeh, itu tipu!*
 dapat lah jugak sedikit tunjuk ajar dari family members yang lain..

hello??
bukan nih je yang aku buat ok?
kerja aku kalau untuk preparation raya kat rumah nih is more to kerja-kerja lelaki..
yeepp !
kerja-kerja lelaki..
contoh, panjat-panjat kerusi untuk basuh kipas and pasang langsir..
tonyoh lantai kat garaj depan rumah nih haa..
besides that, mop lantai, vacuum ruang tamu, lap habuk..

ya! memang saya ada seorang adik lelaki..
tapi, kerja dia lagi memenatkan kott..
tak sampai hati pulak aku nak kacau dia..
kerja dia = main online games non-stop !
*sabor je lah dikurniakan adik yang macam nih*

haihhh~
frankly speaking, sumpah PENAT gila !
but at the end, rasa puas..

ouh, pasal kuih kat atas nih..
memang nih je lah the only kuih yang aku sempat buat..
kuih-kuih yang lain, masa aku balik hari tuh, semuanya memang dah siap..
kakak-kakak aku semua gigih sangat buat kuih raya..

last but not least,
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua ! Maaf Zahir dan Batin !
:D

Friday, August 19, 2011

persuasive speech.


sedang gigih work on it.
hopefully aku dapat lah turn untuk persuasive speech before raya so that mood nak raya tuh best sikit.
*tapi, tak nak lah first day tuh. tak prepare lagi kot ! second or third day okay jugak*
ntahlah cuti raya pon dapat 3 hari je.
haih~

baju raya pon tak dak lagi.
FINE ! adik-beradik aku yang lain semua dah habis shopping raya dah.
tinggal aku je yang belum ada apa-apa untuk raya this year.
*alah, orang yang kurang berkemampuan tuh semua raya pakai baju-baju tahun lepas je. apa ada hal?*

tak apa lola.
berkorban sekarang, hasilnya kita akan dapat nanti.
InsyaAllah.


postscript: OMMA ! tunggu alin balik noh. nanti masak sedap-sedap untuk alin tau. rasa macam nak packing barang and balik sekarang jugak. mood terkinja-kinja nak balik kampung.

*rasanya omma memang tengah tunggu aku balik rumah sekarang nih sebab nak suruh aku buang habuk kat kipas, basuh bilik-bilik air semua, pasang langsir baru and tukar cushion punya cover. TERIMA KASIH OMMA !  =.=

yang  baru habis test global,
amalina arbawi  <3  

Thursday, August 18, 2011

settle.


hai peng-ushas !
lama dah aku tak menghapdate blog kan kan kan?
*mampuhgi lah ! ada orang kesah ke kau update blog ke tak?*
fineeeeeeeeee !  
=.=

just wanna say, beban di bahu aku dah semakin berkurangan.
test economy = done !
quiz economy = done !
mock debate = done !
mock persuasive speech = done !
paragraph 1 for legal essay = done !
real debate = done !
global test = done !

so, korang faham lah kan apesal aku dah LAMA sangat tak update blog nih.
alhamdulillah, aku masih lagi bernafas setelah mengharungi minggu-minggu yang sangat tough.

lists untuk assignments, test & quiz yang masih menunggu before habis semester 3 yang sangat precise bagi aku nih :

- 2nd test economy
- 2 more quizzes for economy
- final essay for legal writing
- persuasive speech

go go chaiyok lola !

kalau habis semua kerja-kerja nih,
means that the time for me to say GOODBYE kat merbok nih dah nak sampai lah.
so, let the time go pass slowly please.
belum sedia nak berpisah dengan girlfriends and boyfriends aii yang ada kat merbok nih lagi.
T.T

postscript: tak sabar nak pergi bukak puasa dengan all my classmates sekejap lagi. hati sedang berbunga-bunga.

yang tak sabar nak balik raya,
amalina arbawi   <3  

Thursday, August 4, 2011

saya tough.


hai peeps!

last week if i'm not mistaken, aku keluar lah dengan member-member aku pergi Sungai Petani town untuk beli "barang dapur" sikit bersempena nak menyambut bulan Ramadhan nih..
then suddenly, ternampak lah pulak machine timbang berat yang otometik tuhh..
perasaan aku pon menjadi terkinja-kinja lah kann nak naik atas machine tuh as aku pon memang dah lama tak timbang berat badan aku nih..
so, aku pon naik lahh..

DAMN !
it this really me ?!?
persoalan nih yang aku tanya masa machine tuh bagi jawapan pada berat badan aku..
makkk aiiihhh !
 seriously aku tak boleh terima..
cannot go....!
BERAT GILA BADAN AKU !
tinggi = 16*, berat = **
*aku nak tulis pon  malu weh sebab nombor beginning pon dah sangat cukup memalukan.. haih*

TINGGGG ! *tanda idea tengah datang*
tak apa amal..
kan sekarang nih bulan puasa, so boleh lah kita meng-diet-kan diri..

ceehhh...!
diet lah sangat kann?
bila siang, masa puasa memanglah lost for about 1 KG..
tuh pon siap buat drama Hindustan cakap pening lah, tak larat lah..
then, bila maghrib nak bukak puasa gain for about 3 KG pulak..
habis semua makanan kau bantai, kalau boleh, plastik-plastik makanan tuh pon kau nak telan kan?
  jangan nak mimpi lah nak berdiet kalau macam tuh..

in conclusion..
 saya tak GEMUK, i'm just TOUGH..

postcript: cannot stand lah tengok bazaar Ramadhan kat dalam UiTM nih.. SANGAT MENGIURKAN! banyak sangat choices.. tak jadi lah diet aku kalau macam nih..    -,-"

Monday, August 1, 2011

first day fasting.


huuuuuuuuuuu~
kenapa perasaan aku nih??
asik fikirkan family yang nun jauh kat rumah tuh je..
mesti dorang seronok kan dapat makan sama-sama..
untunglah dapat berbuka sama-sama..

haih..
keep strong lola !
nanti kau akan balik jugak before raya kan..
bawak-bawaklah bersabor sikit ye..
semua tuh emosi kau je..
control sikit emosi tuh..

yang tengah bermood jiwang-jiwang,
amalina arbawi  <3  

Sport's Day PreLaw UiTM Kedah


all these moment will be my sweet memory ever !
masuk Explore Race..
dapat kenangan letupkan belon lepas ditiup yang berjuta-juta..
kenangan warnakan telur ayam sampai jadi cantik..
kenangan mengasingkan kacang dal, kacang hijau and kacang merah yang sangat banyak..
kenangan main tipu, masukkan kacang-kacang tuh semua kat dalam kasut sebab banyak sangat yang nak kena diasingkan..
kenangan minum air kopi yang tak berapa nak pahit..
*alhamdulillah.. nasib baik dorang tak masukkan telur mentah or cicak kat dalam kopi tuh..*
kenangan kena balut menjadi mumia..
kenangan dapat RM10 free-free je even kami kalah dalam Explore Race tuh..
haha!
and lastly, kenangan main baling-baling belon yang ada air kat dalam dia..

ouuuuhhhhh... ini semua akan jadi kali terakhir dalam hidup aku since aku dah last sem kat PreLaw nih..
lepas nih dah tak boleh nak mengelinjang kat sports day PreLaw dah..
sediiiihhhhhnyaa..... 

masa, tolonglah bergerak perlahan-lahan sikit okeh..
aku tak sedia lagi nak tinggalkan kehidupan aku yang sangat best kat UiTM Kedah nih..
others, lets picture tell the story..