Monday, April 18, 2011

MAKAN DEPAN KOMPUTER PUNCA GEMUK?



hai readers!
haa.. korang yang pemalas-pemalas macam aku nih mesti terbeliak bijik mata kan bila baca tajuk entry nih..
jangan nak buat-buat tak nampak pulak ek?

petang tadi, boring punya pasal, aku pon bukak lah majalah i-sihat untuk dibaca..
selak punya selak punya selak...
*hello! i selak page magazine tuh lah! bukannye selak kain ke ape.. haih~*
PAAPPP!!! *dengan qalqalah yang betul* 
GAH tajuknya disitu sekaligus menarik minat aku untuk baca article tuh sampai habis..

"ramai yang berkorban tidak keluar makan tengahari untuk menyiapkan kerja. ia bukan sesuatu yang asing. namun begitu, tabiat makan di depan komputer ternyata memberikan kesan terhadap berat badan anda - meningkat lebih cepat. kajian yang dilakukan oleh Jeffrey Brunomars Brunstrom dari Universiti Bristol, United Kingdom mendapati makan tengahari di depan komputer memacu nafsu makan terutama saat melahap dessert (hidangan penutup). kajian dilakukan ke atas 44 lelaki dan wanita yang makan tengahari sambil menghadap komputer. tetapi selepas 30 minit, jumlah pemanis mulut yang dimakan didapati lebih banyak dibandingkan responden yang makan tengahari tanpa gangguan. Penelitian ini membuktikan faktor gangguan seperti komputer dan TV mengubah memori mengenai waktu makan, yang mempengaruhi nafsu makan."



ohh.. begitu ropenye cheritera nye..
no wonder lah aku gemuk kann..
haih -.-"
lepas nih, moh ler kita tukar habit yer yopp..
elakkan makan depan TV and computer.. laptop dan tablet PC juga tak ketinggalan ok?

till then, adios!
o_0

yang membaca magazine,
amalina arbawi <3    

No comments:

Post a Comment