Sunday, May 29, 2011

first class dah malu -.-"


 ouhh soryy.. i bukan jenis malu yang ini.. nih malu tergedik-gedik yang dahagakan penampar namanya..

yes! i malu jenis yang macam nih.. jenis yang nak carik tempat gelap untuk menyorokkan wajah bila dah malu..


 haiihhhh...
memang muka aku je lah yang selalu memalukan diri sendiri nih kan??
nasib baik aku nih kurang kemalu-maluan sikit..
kalau orang lain in my shoes, mesti da rasa tak nak hidup agaknya..
tak pun, mesti dah nangis tak berhenti sampai mak datang ambik bawak balik rumah..
*amboii teori kau.. tak payah nak pikir kau hebakk sangat lah kann*

tadi, in my first class..
well actually before class tuh ada lagi satu kelas sebenarnya..
tapi, aku TER-ponteng..
hello?? i ponteng pon ade sebab okeh?
barang-barang i semua kat dalam stor and the stor is still locked at that time..
dah tuh, tak kan korang nak suruh aku pakai baju tidur kelawar aku nih pergi kelas?


scene di dalam kelas:
lecturer panggil one by one untuk introduce diri di hadapan class..
suddenly, aku pon dengar lah nama yang penuh bermakna sesuai dengan perwatakan pemilik nama tersebut GAH dipanggil..
NURAMALINA...!

maka dengan bangga dan bersemangat wajanya, aku pon bangun..
melangkah dengan penuh keyakinan untuk ke depan kelas demi menyampaikan apa yang telah difikir di dalam otak..
tiba-tiba.... NAHHHH!
terdengar sayup-sayup suara member aku berkata:
BUKAN KAU LAH WEH... DIA PANGGIL "CHE AMALINA"..
*ala-ala bergema sikit tone tuh*
aku pon toleh ke belakang *scene ini dilakukan dengan slow motion*
lalu berlari-lari anak untuk ke tempat aku balik..

HAH! BUKAN AKU KE YANG DIA PANGGIL??
gilaa malu!
aku rasa macam nak menyorok masuk dalam baju member aku kat sebelah tuh je..
baju dia pon dah bersesuaian dengan tema malu aku nih, baju kurung lah katakan = size da terbaik dah..
so nanti muat lah aku nk masukkan kepala aku yang kepala batu nih.. sorok kasi orang semua tak nampak.. hee~
tapi syukur malu itu hanya untuk sementara sebab actually aku nih memang budak yang tak tahu malu..
so, rasa malu tuh datang kejap-kejap je..
*ececehh.. cakap gedebakk gedebukk sajaa*

conclusion, yang dah malu tetap akan malu.. and for those yang tak pernah terasa malu, no worries! anda akan dimalukan nanti..
haha!

 till then kawan-kawan, adios!
=D
yang memalukan diri sendiri,
amalina arbawi <3      

semuanya kerana merbok terchenta


yeayy..!
at last, dapat pon login blogger..
memang macam HARAM lah kann tak bagi aku hupdate entry for about a week..
sabor je lah~

hye guys! i am in merbok now..
kini live dari bilik bernombor F4-03-__ meng-update blog..
*secret! ngehehe.. nanti ada yang datang curik langsir pulak*

actually nak story perjalanan aku pulang ke merbok harum semerbak nih..
semalam, tiket bas transnasional KL- Sungai Petani, 11am, seat number 5C telah dicampak ke dalam tong sampah yang berada di dalam station Puduraya..
insiden ini dikatakan berlaku akibat aku lambat tiba ke station Puduraya tersebut lalu ketingggalan bas..

saksi kejadian ada mengatakan bahawa:
YA! memang beliau lambat ke tempat kejadian kerana kakaknya lambat tiba ke rumah untuk membawanya ke Puduraya sekaligus ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas yang gilaaaa tak pernah berlaku before di sekitar Cheras dan KL..
penasihat peribadi beliau menyatakan bahawa kesesakan lalu lintas ini terjadi mungkin kerana ke-excited-an keluarga-keluarga untuk pulang ke kampung halaman mereka bersempena cuti sekolah ini..
maka atas sebab-sebab dan alasan ini lah yang membuatkan beliau yang bernama Nuramalina Mohd Arbawi terlepas bas untuk pulang ke Merbok bagi menyambung pengajiannya..

saya juga ada dimaklumkan bahawa selepas mangsa kena tinggal dengan bas, mangsa ada pergi membeli tiket lain untuk pulang ke Merbok..
semuanya dilakukan oleh beliau semata-mata kerana Merbok terchenta..
dan at last, mangsa berjaya mendapatkan tiket bas pada pukul 11.30am..
dan bas yang dinaiki beliau adalah @#$$%%^^&&
*tolong jangan bagi aku mention nama bas tuh.. aku pon tak lalu nak menyebutnya!*

ketika berada di dalam bas tersebut, beliau mengatakan bahawa seperti menunggang KUDA..
tetapi bila lama-lama, rasa macam kena urut dengan kerusi Ogawa pon ada jugak..
berhenjut sini- berhenjut sana..
better lagi kalau naik train yang terkayak-kayak untuk sampai tuh..

akhirnya, sampai juga beliau ke tanah Merbok ini..
alhamdulillah Ya Allah!
till then, adios!
:-)
 yang suka merepek,
amalina arbawi <3  

Monday, May 23, 2011

cerita tanah runtuh..

tempat kejadian




tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat Selangor..


hai readers!
ada dengar tak cerita pasal tanah runtuh nih?
taakkkkk???!!
haihh.. korang nih better duduk kat dalam hutan lah kalau tak tahu pasal current issues..

fyi, kejadian tanah runtuh tuh boleh dikatakan berdekatan jugak lah dengan rumah aku nih..
agak-agak kalau naik basikal, sampai lah jugak..
tapi kalau jalan kaki, dalam 45 minute camtu sampai lah kott..
jenazah mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh nih pon disolatkan kat masjid yang aku selalu pergi terawih dengan family aku masa dalam bulan ramadhan..
haa.. imagine-kan lah sendiri jauh mana tragedi tuh berlaku dari rumah aku nih okeh..

orite, niat aku bukan nak bagitahu jauh ke tak insiden tuh terjadi dari rumah aku nih actually..
just nak cakap, macam mana kejadian tuh boleh terjadi..
haa.. nih nak habaq mai sikit nih..
jangan asyik nak menyalahkan pihak berkuasa je kerjanya ye?

pada pendapat aku, family aku dan orang-orang kampung aku.. 
orang yang bertanggungjawab membina rumah anak yatim tuh yang patut bukak mata besar-besar sikit.. kasi sedar sendiri punya silap..
dorang buat rumah anak yatim tuh ada bagitahu kat pihak berkuasa ke?
ada mintak permission semua nak buat madrasah tuh?
lepas tuh, buat madrasah dekat-dekat pulak dengan hutan simpan..
lagi satu hal, yang dorang pergi tarah bukit tuh tegak macam tuh apesal??
dah for sure lah bahaya..
budak-budak tadika pon boleh nampak lah benda-benda simple macam tuh..

nih semua mesti kerja kontraktor warga asing lah nih..
cetek akal! haih~
at the end, membawa padah kat kanak-kanak yang tak berdosa kann..
lain kali, before nak buat bangunan tuh fikirlah nyawa manusia-manusia yang akan menetap kat bangunan tuh dulu..
jangan main ikut suka suki korang je tarah bukit sini, tarah bukit sana..
*amboi! beria-ria kau marah cik lola oii*

aku nih bukan ape..
mana aku tak marah, budak-budak sekolah aku pon jadi mangsa manusia-manusia yang cetek akal nih..
2 orang meninggal dunia + seorang kaki kena potong + seorang lagi cedera..
and yang lagi aku tak sangka tuh, 2 orang daripada mangsa tuh rupa-rupanya jiran aku..
yang abangnya meninggal dunia and adik dia dapat diselamatkan..
haih~

apa pun, tak boleh lah kita nak menyalahkan orang itu or orang ini sangat pon kan..
because yang namanya bencana alam tuh, semua orang tak boleh nak predict rite?
bila Dia kata kun faya kun, maka jadilah..

anyhow, aku still tak berkesempatan lagi nak menyibukkan diri aku untuk melihat tempat kejadian tuh..
but ayah and adik aku dah pergi lah usha..
che mat siap nak diinterview dari reporter TV3.. but dia refuse..
malu lah, konon-kononnya..

al-Fatihah untuk kesemua 16 mangsa-mangsa tanah runtuh Hulu Langat yang telah terkorban.. semoga roh-roh mereka ditempatkan dalam kalngan mereka-mereka yang beriman..
and also takziah kepada semua waris mangsa.. diharap mereka semua tabah menghadapi dugaan dan redho dengan ketentuan Illahi ini..

*entry ini tiada unsur-unsur politik.. hanya sekadar ingin berkongsi cerita sebenar*
till then, adios!
=0

wartawan yang melaporkan,
amalina arbawi <3     

Thursday, May 19, 2011

monday, tuesday, wednesday, thursday..





halo halo readers!
haa.. ade kenal kaa sama mahluk Allah kat atas nih??
inilah dia awi rafael..

alaa.. yang lagu dia macam nih tuh..
jap ek, bagi aku nyanyi sat..
eerrr.. ohok ohok.. testing 1 2 3..
*test suara dulu*

Pulanglah sebelum ku runaway
Aku menanti kamu everyday
Aku menunggu dari
Monday Tuesday Wednesday Thursday
Aku tak ingin tak perlu
Aku dah bingung
 
aww.. aww.. aww.. *pasang suara tergedik-gedik*
i suka lah lagu u, abang awi!
i sampai dah rasa muak nak nyanyi dah lagu u nih actually..
tapi, desire i nih still nak nyanyi-nyanyi jugak lagi lagu u nih..
ahaks!
 
fyi, bukan i je yang nyanyi lagu u kat rumah nih tau..
family members i semua pakat nyanyi ramai-ramai tau lagu u nih..
dah nampak macam group quoir kalau dihimpunkan beramai-ramai..
so, u patut rasa bangga sebab dapat buat lagu yang hot and cold macam nih..
nasib baik rumah i nih tak ada set karaoke..
kalau ada, dengan ayah-ayah i sekali join karok agaknya..

for u alls yang tak pernah dengar lagi,
nahh!
dengar lah sampai taik telinga korang semua keras..


but sorry lah ek?
the real MV dia, aku tak jumpa..
dia main nyorok-nyorok pulak dengan aku..
so, just enjoy this video wokeh?

till then, adios!
=)

yang nak jadi jiran awi rafael,
amalina arbawi <3    

Tuesday, May 17, 2011

convo!

Date: 14 May 2011 (saturday)

Venue: UiTM Seri Iskandar, Perak Darul Redzuan

Aim / Objective: kak jenna's convocation (Diploma in Art & Design -Media Digital-)

Fare / Fees: 100% supported by omma

Trasportation: managed by kak aishah

Number of passenger: 5 persons (omma, che mat, kak aishah, kak jenna + me myself)

Pictures:-


aww cakk! aww cakk! sayang mama.. sayang papa..


ehh? where's your hat?

motive?

ehh?? main pinjam-pinjam kaa?
haha! candid pic okeh..


crinkle face  =0



haha! love this picture..

alala... bahagianya beliau..  =)

tadaaa! creepy eyes watching u.. :)

omma wif her 3rd daughter

with her friends

yeaahh! graduation hat throw!

she love to hiding behind others, dont she?

weirdo!

cant live without her "peace".. haih  -.-"


sisters and brother  <3

punching.. punching..

do we look alike? i mean, with that bear lah.. ngee~

till then, adios alls..!
=D

she's the best,   
amalina arbawi <3

Monday, May 16, 2011

cerita hospital..


 yesterday, ayah kena tahan wad lagi sekali.. dekat HUKM..
but only for a day je..
dokter just nak ambik darah dia je..
*ayah panggil dokter-dokter and nurse-nurse kat wad dia tuh DRACULA sebab kerja dorang asik ambik darah je* haha!

orite.. during ayah been hospitalised nih, macam-macam cerita lawak yang kami sefamily telah cetuskan..
*astaga! ayat Bahasa Melayu kau teruk gilaa*


SITUASI 1
masa dekat rumah..

che mat: mak, che mat nak jaga ayah kat hospital boleh tak?
omma  : *senyumsenyum, bersyukur sebab dapat anak yang baik and caring* betul nih che mat nak jaga ayah kat hospital? bukan ape, kalau che mat nak jaga, mak tak payah bawak baju mak semua nih..
che mat: alaa.. mak pon jaga lah sekali..
omma   : ehh? mane boleh.. nurse tuh tak bagi jaga ramai-ramai.. sorang je yang boleh jaga patient..
che mat: alaa.. kalau che mat sorang je, nanti che mat malu lah nak mintak makanan dekat ayah..
omma   : -.-" haih~ patutnya ayah kau yang mintak makanan dari kau.. nih terbalik, kau pulak yang nak mintak makanan dari orang sakit.. *makan aje lah yang dia fikirkan*

SITUASI 2
masa dekat hospital.. aku, kak jenna and kak aishah pergi turun canteen HUKM tuh untuk belikan ayah mihun sup + mak punya mihun goreng.. then, singgah lah kat satu kedai nih..

aku          : akak, nak mihun sup dua ek? 
akak indon: nak sup ayam ke sup udang?
aku          : 0_0 *mata tak berkelip* SUP KUDA???!!!
akak indon: 0_0 SUP KUDA??!! *kelip-kelip mata* nak sup ayam ke sup udang??
aku          : ohh! sup udang.. nak sup ayam lah.. *senyum tersipu-sipu* 
udang dan kuda, jauh beza kan?? memang aku yang pekak lah kann.. abis aku kena gelak sampai kat rumah.. sabor je lah~ aku ingat akak tuh yang jual sup kuda.. then, akak indon tuh pulak terkejut sebab ingat aku order sup kuda kat dia.. haha!


ohh.. ada lagi cerita gila kami yang lain actually tapi susah lah nak di-storykan kat sini..
kalau story guna mulut lagi syiookk!
pakej dengan basah akibat semburan air liur lagi tau..  ngee~
hehe..
till then, adios!
=P

yang bercuti di hospital,
amalina arbawi <3   

Thursday, May 12, 2011

the real MPOP!

P.R. Inc (Prince of Pop)

haa.. nih nak cerita sikit kat korang semua ek..
pasal MPOP yang baru-baru nih dok hangat diperkatakan..
ala.. tak kan dah lupa kott??
yang most of us kutuk menggila tuh..
*termasuklah aku.. haha!*

haa.. meh aku bagi korang tengok the real MPOP sebenarnya..
no worries! mereka semua telah diiktiraf..
da masuk MHI TV3 dah pon..
haa.. group 24:7 ade pernah masuk MHI semua??
ade?? memang TAK kan lah kann.. 
maybe kalau ye pon dorang masuk Sri Pentas tuh, untuk tumpang toilet je kott..
*amboiii! jahat jari kau menaip ek?*
haha!

okeh lah.. nama group nih P.R.Inc (Prince)
*yeeaahh! aku tahu nama group dorang memang bajet nak hebat je kann*
tapi, actually genre yang dibawa oleh group P.R.Inc (Prince) nih bukanlah MPop but KLPop..
and fyi, this group bernaung di bawah Cat Presents Production..
haa.. means here dorang semua nih cat farish punya protege lah..

okeh, come to my views pulak pasal group baru nih..
hurmm.. ok lah.. *sambil pegang-pegang dagu*
not bad at all.. still can be accepted..
but dorang nih still dalam trial kan.. byk lagi yang dorang perlu improve..
high notes, pitching, eye contact with audience, dancing + koreografi lagi..
*waahh gaya cakap macam juri profesional pulak kau kann*

nak tahu lebih lanjut pasal group nih?
haa.. click HERE 
and nak try dengar dorang nyanyi tak?
click HERE 
till then, adios!
=) 
 yang berkata jujur,
amalina arbawi <3

Wednesday, May 11, 2011

30 day challenge: day 02


where you'd like to be in 10 years?

hurmm.. mencabar jugak soalan nih..
hehe..
i think, i just want to stay in my home with all my family members..
hidup happy together bersama..
*sweet tak saya?*  =)

tapi, actually niat nak pergi abroad tuh ade lah jugak..
teringin gila nak pergi Australia..
ye.. aku tau lah Australia tuh tak jauh mane pon.. but i still wanna be there!
nak pergi tengok kangaroo,
tengok kiwi,
makan chocolate banyak-banyak sampai muntah darah,
and many more lah yang aku nak buat kat sane..
tapi, kalau dapat pergi London pon okeh jugak.. hehe..
*angan-angan pak pandir!*
ala cutenya beliau! rasa nak picit-picit je pipi dia.. haha!

apa-apa pon belajar je lah pandai-pandai Lola oiii...!
nanti bila kau dah success, bukan setakat Australia je yang kau boleh jejak,
India, Pakistan, Bangladesh even Nepal pon kau boleh jejak..
*apesal statekan semua negara-negara most PATI kat Malaysia nih?*
haih  -.-"

till then, adios!
-_0

yang dream high, 
amalina arbawi <3

menyahut cabaran! :-)



oleh kerana aku sayangkan kau, aku sahut cabaran ko..
tapi aku tak janji ek boleh answer semua questions nih..
in case kalau ade hal yang tak dapat dielak ke, aku maybe akan postpone answering kott or tak kan answer lansung.. hehe

orite lah..
question for day 01 : my current relationship..
haihh.. malas betul lah nak cerita pasal relationship semua nih..
hilang terus mood i tau..
*waah! dan-dan hilang mood kan? nampak benor menipunya*


orite.. honestly, ingin dinyatakan disini that i'm a single girl..
*senyum tersipu-sipu tergedik-gedik.. waah! gatal kau kan!?!*
haha! sorry.. tak berniat pon.. itu semua reaksi diluar kawalan ok..
harap dimaafkan..

waahh! pakcik! haa! ye! ye! pakcik yang tak ade gigi tuh..
haa.. anda lah.. habis tuh, siapa lagi??
ambooiihh! tersenyum-senyum ek baca entry saya nih??
sorry to say lah pakcik, saya tak kawan dengan suami-suami orang semua nih..
harap maklum.. hehe..  :D


 actually, aku dah lama TAK fikir nak ber-relationship dengan somebody or someone or something semua nih..
aku rasa macam tenang + happy gila dengan single life aku sekarang nih..
rasa something like "i'm free!"
bebas untuk nak buat ape saja..
nak gelak tak hengat dunia boleh..
nak makan non-stop pon boleh..
tak payah nak cover-cover kann?
look, bila kita ada boyfriend nanti mula lah nak tercover sini tercover sane..
nak gelak pon bajet tergedik-gedik punya gelak kann..
nak makan pon, bukak mulut macam tak bukak je kan..
haih -.-"
*aku lah tuh masa dulu-dulu! haha!*

well.. pengalaman banyak mengajar aku untuk berhati-hati dalam mencari emas partner..
someone that we can trust..
someone yang understanding..
and the most important thing, tidak suka meng-control..
so that kita akan rasa bahagia je bila bersama beliau..
*waahh! ayat kau berbunga-bunga cinta lah weehh! geli bulu ketiak aku!*

malu lah bila cerita-cerita pasal relationship nih..
dah lah tuh..
jangan nak korek banyak-banyak pulak dari aku ek??
past story aku semua, jangan harap korang boleh tahu ok..
*waah gituh kan?? kedekut cerita sungguh minah nih!*
bukan kedekut lah u alls.. i MALU!
ahaks!


postscript: aku pon nak challenge orang lain jugak lah.. jom kawan-kawan, kalau berani! mengisi masa lapang anda..  :)

till then, adios!
=)

yang perasan cute,
amalina arbawi <3

Monday, May 9, 2011

contact lens berwarna



assalamualaikum and hai readers!
merujuk tajuk diatas..
sesungguhnya, pemakaian contact lens berwarna TIDAK HARAM..

mane kau tahu?
haa.. nih nak cerita nih..
aku pergi baca kat satu blog nih..
kalau nak baca jugak, click HERE..

okeh lah.. based from this blog, ada 2 tujuan kenapa orang pakai contact lens nih..
first is atas tujuan perubatan which means orang tuh memang betul-betul rabun..
and the second purpose is atas tujuan perhiasan or dalam maksud straight to the point dia, nak bagi mata yang huduh nampak cantik..

orite.. dalam kes aku nih pulak.. aku baru je lepas beli colour contact lens..
aku pakai contact lens nih pon atas tujuan perubatan and at the same time aku pakai contact lens berwarna nih pulak sebab kakak aku menghasut aku untuk membeli bersama-sama dengan dia..
haha! lebih tepat kalau aku cakap menghasut dan memaksa serta memeras ugut aku untuk beli contact lens bercolour.. at first, actually aku just pakai yang colourless punya je sebab takut nak try yang ada colour punya.. nampak macam pelik je kan.. hehe

whatever lah kann..
but the most important thing is penggunaan contact lens semasa mengambil wudhuk, solat dan puasa sama sekali tidak menjejaskan ibadah-ibadah tersebut kerana bahagian dalam mata tidaklah wajib dibasuh atau disampaikan air ketika mengambil wudhuk atau ketika mandi (yang wajib ialah bahagian luar sahaja iaitu kelopak mata). same goes to puasa, menurut ulamak memasukkan sesuatu ke dalam mata tidaklah membatalkan puasa. Solat pun sama, tidak ada yang akan menjejaskan solat kerana contact lens.
 [sumber dari Bernama blog yang aku mention kat atas tadi]

orite.. nih lah contact lens  i..

nampak je macam menarik bila kat dalam gambar..
tapi bila dah lekat kat mata korang, dah nampak ala-ala hantu kak limah je aku tengok diri aku masa pakai benda alah nih..
hehe..

till then, adios!
=P

yang was-was pada mulanya,
amalina arbawi <3       

Sunday, May 8, 2011

hari makan sedunia..



haii haii.. hoii hoii alls!
last saturday kan, kita kan, dengan family kita kan, pergi makan korea steamboat dekat seoul garden sebelah office mak kita, TM..
*huh! gilaa show off!*

honestly, hari tuh memang triple best lah compare than other day..
rasa nikmat gila dapat makan sampai perut kembung and butang jeans terkoyak..
haha! 
tapi, bukan butang jeans aku okeh.. maybe che mat..
then, dapat gathering satu family..
my whole family + dengan abg nizam sekali..
peerrgghh! best memory ever!

nak tengok gambar kami?
aku bagi tengok sikit je okeh..
kalau nak tengok lebih, click HERE..






















postscript: sorry.. mood nak menghupdate blog kurang ada actually..

till then, adios!
=)
yang sayangkan familynya,
amalina arbawi <3