Monday, May 23, 2011

cerita tanah runtuh..

tempat kejadian




tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Hulu Langat Selangor..


hai readers!
ada dengar tak cerita pasal tanah runtuh nih?
taakkkkk???!!
haihh.. korang nih better duduk kat dalam hutan lah kalau tak tahu pasal current issues..

fyi, kejadian tanah runtuh tuh boleh dikatakan berdekatan jugak lah dengan rumah aku nih..
agak-agak kalau naik basikal, sampai lah jugak..
tapi kalau jalan kaki, dalam 45 minute camtu sampai lah kott..
jenazah mangsa-mangsa tragedi tanah runtuh nih pon disolatkan kat masjid yang aku selalu pergi terawih dengan family aku masa dalam bulan ramadhan..
haa.. imagine-kan lah sendiri jauh mana tragedi tuh berlaku dari rumah aku nih okeh..

orite, niat aku bukan nak bagitahu jauh ke tak insiden tuh terjadi dari rumah aku nih actually..
just nak cakap, macam mana kejadian tuh boleh terjadi..
haa.. nih nak habaq mai sikit nih..
jangan asyik nak menyalahkan pihak berkuasa je kerjanya ye?

pada pendapat aku, family aku dan orang-orang kampung aku.. 
orang yang bertanggungjawab membina rumah anak yatim tuh yang patut bukak mata besar-besar sikit.. kasi sedar sendiri punya silap..
dorang buat rumah anak yatim tuh ada bagitahu kat pihak berkuasa ke?
ada mintak permission semua nak buat madrasah tuh?
lepas tuh, buat madrasah dekat-dekat pulak dengan hutan simpan..
lagi satu hal, yang dorang pergi tarah bukit tuh tegak macam tuh apesal??
dah for sure lah bahaya..
budak-budak tadika pon boleh nampak lah benda-benda simple macam tuh..

nih semua mesti kerja kontraktor warga asing lah nih..
cetek akal! haih~
at the end, membawa padah kat kanak-kanak yang tak berdosa kann..
lain kali, before nak buat bangunan tuh fikirlah nyawa manusia-manusia yang akan menetap kat bangunan tuh dulu..
jangan main ikut suka suki korang je tarah bukit sini, tarah bukit sana..
*amboi! beria-ria kau marah cik lola oii*

aku nih bukan ape..
mana aku tak marah, budak-budak sekolah aku pon jadi mangsa manusia-manusia yang cetek akal nih..
2 orang meninggal dunia + seorang kaki kena potong + seorang lagi cedera..
and yang lagi aku tak sangka tuh, 2 orang daripada mangsa tuh rupa-rupanya jiran aku..
yang abangnya meninggal dunia and adik dia dapat diselamatkan..
haih~

apa pun, tak boleh lah kita nak menyalahkan orang itu or orang ini sangat pon kan..
because yang namanya bencana alam tuh, semua orang tak boleh nak predict rite?
bila Dia kata kun faya kun, maka jadilah..

anyhow, aku still tak berkesempatan lagi nak menyibukkan diri aku untuk melihat tempat kejadian tuh..
but ayah and adik aku dah pergi lah usha..
che mat siap nak diinterview dari reporter TV3.. but dia refuse..
malu lah, konon-kononnya..

al-Fatihah untuk kesemua 16 mangsa-mangsa tanah runtuh Hulu Langat yang telah terkorban.. semoga roh-roh mereka ditempatkan dalam kalngan mereka-mereka yang beriman..
and also takziah kepada semua waris mangsa.. diharap mereka semua tabah menghadapi dugaan dan redho dengan ketentuan Illahi ini..

*entry ini tiada unsur-unsur politik.. hanya sekadar ingin berkongsi cerita sebenar*
till then, adios!
=0

wartawan yang melaporkan,
amalina arbawi <3     

2 comments:

  1. Harap dapatkan fakta yang betul-betul tepat sebelum mengulas sesuatu.... Kalau main tulis suka-suka je, tanpa fakta tepat akan menjadi satu fitnah.

    ReplyDelete
  2. i wrote this based on what people around me have said.. forgive me if there's some fact which is incorrect in my entry above.. :)

    ReplyDelete