Sunday, May 29, 2011

semuanya kerana merbok terchenta


yeayy..!
at last, dapat pon login blogger..
memang macam HARAM lah kann tak bagi aku hupdate entry for about a week..
sabor je lah~

hye guys! i am in merbok now..
kini live dari bilik bernombor F4-03-__ meng-update blog..
*secret! ngehehe.. nanti ada yang datang curik langsir pulak*

actually nak story perjalanan aku pulang ke merbok harum semerbak nih..
semalam, tiket bas transnasional KL- Sungai Petani, 11am, seat number 5C telah dicampak ke dalam tong sampah yang berada di dalam station Puduraya..
insiden ini dikatakan berlaku akibat aku lambat tiba ke station Puduraya tersebut lalu ketingggalan bas..

saksi kejadian ada mengatakan bahawa:
YA! memang beliau lambat ke tempat kejadian kerana kakaknya lambat tiba ke rumah untuk membawanya ke Puduraya sekaligus ditambah pula dengan kesesakan lalu lintas yang gilaaaa tak pernah berlaku before di sekitar Cheras dan KL..
penasihat peribadi beliau menyatakan bahawa kesesakan lalu lintas ini terjadi mungkin kerana ke-excited-an keluarga-keluarga untuk pulang ke kampung halaman mereka bersempena cuti sekolah ini..
maka atas sebab-sebab dan alasan ini lah yang membuatkan beliau yang bernama Nuramalina Mohd Arbawi terlepas bas untuk pulang ke Merbok bagi menyambung pengajiannya..

saya juga ada dimaklumkan bahawa selepas mangsa kena tinggal dengan bas, mangsa ada pergi membeli tiket lain untuk pulang ke Merbok..
semuanya dilakukan oleh beliau semata-mata kerana Merbok terchenta..
dan at last, mangsa berjaya mendapatkan tiket bas pada pukul 11.30am..
dan bas yang dinaiki beliau adalah @#$$%%^^&&
*tolong jangan bagi aku mention nama bas tuh.. aku pon tak lalu nak menyebutnya!*

ketika berada di dalam bas tersebut, beliau mengatakan bahawa seperti menunggang KUDA..
tetapi bila lama-lama, rasa macam kena urut dengan kerusi Ogawa pon ada jugak..
berhenjut sini- berhenjut sana..
better lagi kalau naik train yang terkayak-kayak untuk sampai tuh..

akhirnya, sampai juga beliau ke tanah Merbok ini..
alhamdulillah Ya Allah!
till then, adios!
:-)
 yang suka merepek,
amalina arbawi <3  

No comments:

Post a Comment